Monday, April 07, 2014

Bird of Paradise

بســــــــم الله الرحمن الرحيم

Indonesia berada di Khatulistiwa Bumi, pulau-pulau hijau bagaikan Zambrud Khatulistiwa.

Selain memiliki beraneka ragam satwa tropis, Indonesia memiliki keunikan hewan habitat alami, Burung Cendrawasih. Burung Cendrawasih di Hikayat Melayu dalam Kitab Tajul Muluk asal usulnya dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdampingan dengan wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh andanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 'areil' yang panjang di ekor belakang. Barang siapa yang melihatnya pastilah tertegum dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cendrawasih.

Burung Cendrawasih
Phoenix
Bird of Paradise


Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenarnya mengenai Burung Cendrawasih ini. Menurut kajian ilmu pengetahuan yang dijalankan, burung ini lebih dikenal di kalangan Penduduk Nusantara dengan panggilan Burung Cendrawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi penduduk Eropah, burung ini lebih dikenal dengan Bird of Paradise.

No comments: